Tradisi Pelik Mengasah Gigi Masyarakat Bali

Pelbagai masyarakat mempunyai kepercayaan dan budaya yang berbeza. Lebih-lebih lagi berkaitan agama dan kaum di sesuatu tempat yang tertentu. Tidak terlepas juga pada masyarakat beragama Hindu di Bali, Indonesia. 



Dalam budaya agama Hindu di Bali, upacara mengasah gigi yang dipanggil mepandes atau metatah gigi adalah satu tradisi yang sangat penting. 

Ini dilakukan semasa seseorang itu di dalam peralihan akil baligh. Tradisi ini dilakukan terhadap kedua-dua jantina sama ada lelaki ataupun perempuan.



Jika mereka belum berbuat tradisi asah gigi ini, Ia akan dilakukan bagi setiap orang sebelum berkahwin. Ada juga yang dibuat semasa majlis perkahwinan dijalankan. 

Tradisi ini akan menggunakan beberapa barang seperti cermin, alat pengasah gigi, kain rurub, cincin dan permata dan dilakukan di atas tempat tidur yang sudah dihias



Seorang pengamal yang dipanggil  Pandita atau Pinandita akan melakukan upacara mengasah gigi itu. Pandita itu akan mengasah gigi bawah dan juga gigi taring. 

Dalam kepercayaan Hindu di Bali, upacara ini dilakukan untuk membebaskan diri daripada kuasa jahat yang dipanggil Sad Ripu. Dalam keadaan tertentu, upacara ini juga dilakukan setelah berumah tangga. 



Bagi masyarakat Hindu di Bali, gigi adalah simbol nafsu, tamak, marah, keliru dan cemburu. Sifat-sifat jahat ini perlu dibuang melalui upacara mepandes atau metatah ini. 

Adat ini juga dipercayai akan membentuk pengamalnya menjadi lebih baik dari segi fizikal dan rohani. 

Apa pendapat anda dengan tradisi upacara metatah gigi ini? Seram tak? Jom komen dan kongsikan artikel ni dengan keluarga dan kawan-kawan korang.

Follow kami di Facebook untuk lebih banyak cerita pelik, tertarik dan menarik dowh!





Previous article
Next article

Komen Disini

Post a Comment

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel